LECT ; WAN RUSWANI BT WAN ABDULLAH
TAJUK ; SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
NAME
NO MATRIX
AMAR HUSAINI BIN SAIFUDDIN
02DLS20F1007
MUHAMMAD FIRDAUS BIN SHAMSUL
02DLS20F1069
NUR AUNI SYAHIRA BINTI KELANA
02DLS20F1061
SITI NUR IZATI BINTI SUHAIMI
02DLS20F1053
NUR AISYATUL AKMA BINTI AWANG MAJID
02DLS20F1051
DEFINISI
Salah faham terhadap Islam bermaksud memahami Islam dengan kefahaman
bahawa agama sebagai satu kecenderungan peribadi semata-mata dan tidak
mengikut yang dikehendaki oleh Allah SWT dan Rasul SAW.
Muhammad Qutub dalam kitabnya, ‘Salah Faham Terhadap Islam’ menyatakan
bahawa salah faham terhadap Islam juga ialah suatu kefahaman bahawa agama
merupakan suatu kenyataan hidup pada masa lampau dan tidak sesuai pada zaman
moden kini. Mereka mengangap bahawa agama hanya bertujuan mendidik jiwa dan
mengasuh manusia dengan prinsip, etika dan moral yang tertentu.
PENGENALAN
Salah faham terhadap Islam menimbulkan kecelaruan dan kekeliruan terhadap kefahaman Islam. Antara puncanya ialah ajaran Islam yang tidak tepat dan tersasar daripada ajaran Islam yang benar (menurut Al-Quran & Sunah). Akibat daripada salah faham ini terwujudnya propaganda media Barat yang menggambarkan Islam sebagai satu bentuk keganasan, ketaksuban dan kemunduran.
Salah faham terhadap Islam bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat bukan Islam, malah sering juga berlaku dalam kalangan masyarakat Islam sendiri. Pelbagai tuduhan, tohmahan dan anggapan salah dibuat terhadap Islam yang menggambarkan kesalahfahaman masyarakat terhadap Islam. Semua ini berlaku kerana kejahilan terhadap hakikat agama Islam itu sendiri. Topik ini akan
membincangkan beberapa contoh salah faham terhadap Islam dan jawapannya berdasarkan ajaran Islam yang sebenar.
Pandangan kami terhadap mereka yang salah faham terhadap islam berpunca dari Aspek kerohanian dalam islam tidak relevan untuk mengejar kemajuan, Penghayatan Islam tertumpu kepada konteks nostalgia dan keterbatasan kuasa atau utiliti rujukan dan sumber islam.
Oleh itu, salah faham ini perlu ditangani dengan kadar segera agar masyarakat tidak terus terpengaruh pemikiran negatif terhadap Islam dan juga turut menjauhkan daripada kepercayaan serta kefahaman yang tidak benar.
FAKTOR PENYEBAB KEPADA KESALAH FAHAMAN ISLAM TERHADAP ISLAM
ISLAM FAKTOR DALAMAN:
* Persempadanan wilayah islam yang semakin meluas secara mendadak dalam tempoh yang singkat dan penyampaian islam tidak dapat dilakukan secara menyeluruh sebahagian mereka yang telah memeluk islam masih lagi mengekalkan adat resam yang bertentangan dengan islam.
* Perselisihan faham dan perpecahan umat islam meyuburkan lagi salah faham terhadap islam, munculnya fahaman syiah
* Elemen subversif dalam negara atau kerajaan Islam terdiri
* Kurang ilmu pengetahuan agama islam
* Perkembangan ajaran sesat atau salah
FAKTOR LUARAN
-Serangan pemikiran oleh orientalis barat
-Pengaruh kebudayaan asing
-Penjajahan barat dan dasar pecah perintah
-Penjajahan dan modenisme barat
BENTUK SALAH FAHAM TRADISIONAL
-Agama yang dimanipulasikan
*Dogmatisme dan ideologi
*Agama yang diadaptasi daripada agama kristian
*Agama yang kolot
-Al-quran dan hadis yang dimanipulasi
A) Meletakkan al-quran sebagai wahyu dalam keraguan dengan alasan :
*Nabi Muhammad s.a.w ummi
*Al-quran tidak dibukukan dalam satu manshaf atau buku yang lengkap semasa era penurunannya
*Al-quran dikatakan mengandungi cerita dongeng
B) Umat islam sendiri salah faham tentang kedudukan hadis dan meragui kesahihannya
C) Rasulullah s.a.w dimanipulasi
*Mengatakan Rasulullah suka poligami , berpoligami luar biasa
*Mengatakan rasulullah gila seks
D) Kedudukan wanita yang manipulasi
*Mengatakan wanita sebagai hamba seks
*Wanita didera dan dianaiya
E) Masyarakat dan negara islam yang dimanipulasi
*Tidak bertamadun
*Suka berperang
SALAH FAHAM MASYARAKAT ISLAM TERHADAP ISLAM
Fahaman Sekularisme
Pengertian:
Dari sudut bahasa sekularisme berasal dari bahasa Latin Secular ertinya satu
zaman (engage) juga bermaksud satu generasi yang merujuk kepada masa dan
tempat. Manakala dari istilah sekularisme adalah satu fahaman yang memisahkan
kehidupan dunia dengan akhirat dalam semua aspek. Sama ada memisahkan hal
agama, pendidikan, politik, sosial dan sebagainya.
Konsep Dan Prinsip Sekularisme
Ismail R. Al-Faruqi (1978) telah mengklasifikasikan konsep sekular seperti berikut:
i. Suatu fahaman yang merujuk kepada penafian terhadap hal hal
kerohanian.
ii. Penolakan terhadap kewibawaan unsur unsur kerohanian.
iii. Penafian terhadap adanya hidup yang tetap (akhirat)
iv. Pemisahan di antara agama dan nilai kerohanian dengan
pemerintahan dan kehidupan keduniaan.
v. Kekuasaan sebagai kebebasan mutlak untuk merencana dan
menyusun dasar hidup manusia seterusnya melaksanakannya sendiri
tanpa apa apa pergantungan dan hubungkait dengan tuhan.
vi. Gereja dan institusi agama hanya terbatas kepada perkara perkara
yang berhubung dengan masalah ketuhanan sahaja.
Syed Naquib Al-Attas (1980) pula menjelaskan prinsip sekularisme seperti berikut:
i. Aliran ini hendak memperbaiki hidup insan dengan cara material
sahaja.
ii. Menyatakan kebenaran keduniaan (secular) adalah terbebas dari
ajaran wahyu dan kenabian
iii. Ilmu sekular bebas dari prinsip prinsip dan disiplin ilmu itu sendiri dan
ia boleh diuji melalui fikiran dan pengalaman seperti ilmu matematik,
fizik, kimia dan lain lain.
iv. Kesejahteraan hidup di dunia tidak perlu dirujuk kepada dasar dasar
lain seperti agama dan wahyu. Dalam mencapai ilmu, fikiran dan
pengalaman sumber utamanya ialah akal.
°Fahaman Pluralisme
Maksud ‘Pluralisme agama’ merupakan fahaman yang menyamaratakan semua
agama. Islam menghargai toleransi agama lain tetapu tidak menganggap semua
agama adalah sama. Dengan erti kata lain Islam tidak menganggap bahawa Tuhan
yang disembah oleh orang Islam adalah Tuhan yang disembah oleh agama lain.
Penyelesaian Islam terhadap pluralisme agama adalah dengan mengakui perbezaan
dan identiti agama masing masing.
Pluralisme agama mendakwa semua agama adalah bersifat relatif justeru,
tidak ada satu agama pun yang berhak mendakwa agamanya adalah benar dan
mutlak. Mereka mengganggap semua agama mempunyai tujuan yang satu iaitu
membawa manusia kepada keselamatan di akhirat. Ia amat bercanggah dengan apa
yang disebut Al-Quran bahawa Islam adalah satu satunya agama yang benar dan
diterima di sisi Allah s.w.t.
Pengasas Pluralisme Agama, John Hick, Professor Teologi di Claremont
Graduate School California USA mengajarkan semua agama menuju ke satu titik
pusat, iaitu ‘ Realiti Tunggal’ (Tuhan) tetapi tuhan itu dijelmakan dalam pelbagai
bentuk dan cara tertentu mengikut ajaran agama masing masing.
Fahaman ini turut dikembangkan oleh sekelompok pemikir Kristian seperti
Raimundo Panikkar, Wilfred Cantwell Smith dan Fritjhof Schuon dan John L.
Esposito ( Dr. Anis Malik Thoha, 2010)
Pertentangan Antara Islam Dan Pluralisme
i. Islam menolak faham Pluralisme agama yang mendakwa bahawa
semua agama adalah sama baik dan sama benar
ii. Hanya satu agama yang memiliki wahyu yang lengkap dan sempurna
iaitu Islam
iii. Islam mengiktiraf bahawa masih terdapat hakikat, kebenaran, kebaikan
dan keindahan etika yang terkandung dalam agama yang selainnya.
Sementara islam melarang sikap yang menjadikan agama sebagai
bahan ejekan dan bahan permainan, Islam juga sentiasa mengalu
alukan sikap saksama, jujur dan berintegriti dari mana pun datangnya.
Kebaikan dan keindahan etika ini seharusnya digembleng untuk
menjulang masyarakat Malaysia ke arah yang lebih baik.
iv. Perpaduan rakyat perlu dipupuk secara menggalakkan keunikan tradisi
agama masing masing sambil menggalakkan sikap saling bermuhibah,
saling berbelas kasihan, dan saling berbelas kasihan dan saling
berkasih sayang sebagai saudara sesama jiran dan saudara sesama
manusia yang berasal dari jiwa yang satu, walaupun menganut agama
yang berbeza.
v. Isu isu antara penganut agama perlu diselesaikan dengan seadil
adilnya, secara saksama dan dalam semangat saling hormat
menghormati terhadap lunas lunas agama yang universal sifatnya.
°Fahaman Liberalisme
Pemikiran liberal muncul dalam dunia Islam pada abad ke 18 Masihi, akibat
terpengaruh dengan gerakan liberalisasi agama yang telah berlaku di Barat pada
abad ke-16 dan abad ke -17 Masihi, iaitu pada zaman Renaisans. Gerakan ini
dipelopori oleh tokoh tokoh seperti John Locke, Rousseau, Adam Smith dan J.S Mill
yang memperjuangkan kebebasan individu sehingga menafikan nilai nilai moral
(Mazlan Ibrahim 2013)
Fatwa Berhubung Fahaman Islam Liberal
Aspek Akidah:
i. Berpegang Kepada Konsep Pluralisme
- Menjadi pegangan utama dalam aliran pemikiran liberal.
- Pluralisme agama berpendirian bahawa setiap agama mempunyai
konsep, persepsi dan respon yang tersendiri terhadap Realiti Yang
Agung. (semua agama adalah sama tarafnya merujuk kepada
Realiti Yang Agung)
ii. Akal Manusia Adalah Wahyu
- Membahagikan wahyu kepada dua kategori
- Wahyu bertulis dan wahyu yang tidak bertulis
- Wahyu bertulis adalah Al-Quran dan ia adalah teks semata mata.
- Wahyu tidak bertulis adalah akal manusia dan akallah yang
sebenarnya menghidupkan teks Al-Quran berdasarkan tujuan dan
konteks suasana zaman.
iii. Meragui Ketulenan A-Quran
- Aliran pemikiran ini mendakwa Al-Quran diresapi dengan budaya
Arab kerana orang Arab menjadi pemilik bahasa itu, tambahan pula
katanya Nabi Muhammad yang menjadi pembawa risalah juga
terdiri daripada orang Arab.
- Mereka menyatakan bahawa kesahihan risalah tersebut tidak ada
lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah message budaya Arab.
Aspek Syariah:
a) Mempersoalkan Methodologi Pentafsiran Al-Quran Dan Al-Hadith
- Mempersoalkan cara atau methodologi pentafsiran Al-Quran yang
diguna pakai kini
- Dengan slogan ‘membuka dan membebaskan tafsiran Al-Quran’
- Menggunakan pendekatan takwilan sendiri terhadap beberapa
ajaran Al-Quran yang jauh berbeza dengan pegangan Ahli Sunnah
Wal Jamaah.
b) Menggesa Tafsiran Baru Konsep Ibadat
- Berpegang ‘membuka dan membebaskan” tafsiran Al-Quran,
sebagai alasan untuk memajukan umat Islam dan menganjurkan
agar teks teks Al-Quran menempuh proses dekonstraksi bagi
membolehkan tafsiran tafsiran baru dibuat.
c) Mempertikaikan Kriteria Dan Akhlak Kenabian
- Pemikiran ini secara sinis mengkritik sifat Nubuwwah yang dimiliki
oleh Rasulullah s.a.w. dengan mengatakan ia tidak lain hanyalah
sebagai kemampuan kepimpinan seorang manusia ke atas
manusia lain(leadership value).
- Sesiapapun boleh mempunyai sifat nubuwwah tersebut untuk
memimpin manusia ke arah ciri ciri yang baik.
- Mukjizat seperti Isra’ dan Mikraj dianggap sebagai bahan cerita
yang sengaja diperbesarkan (exageration) oleh pengikut baginda
yang taksub sedangkan ia hanyalah sekadar mimpi yang tidak
terjadi di alam realiti.
d) Sikap Terhadap Ilmu Ilmu Islam
- Ilmu Islam seperti Usul Al-Tafsir, Usul Al-Fiqh, Usul AlHadith, Al-
Jarah wa Al-Ta’dil dan sebagainyayang telah secara Ijma’ diterima
sebagai metod dalam disiplin ilmu, telah dikritik oleh aliran
pemikiran ini sebagai buatan manusia.
- Penentuan hukum yang telah qat’ie dan hukum yang tidak qat’ie
menurut mereka perlu dinilai semula dalam usaha merealisasikan
konsep membuka dan membebaskan Islam melalui tafsiran semula
ajaran Islam
e) Sikap Terhadap Hukum
- Mempunyai kaedah yang tersendiri apabilamerujuk kepada hukum
hukum Fiqh iaitu mengambil tujuan hukum bukan bentuk hukum.
- Berdasarkan ciri ciri penyelewengan tersebut, Muzakarah
memutuskan bahawa Aliran Pemikiran Liberal adalah ajaran sesat
dan menyeleweng daripada Syariat Islam.
Cara Menangani Liberalisme
1. Memberi kefahaman sebenar kepada masyarakat terhadap keaslian
Islam dan betapa palsunya fahaman Islam Liberal dan pluralisme dan
disokong padu oleh media massa. Kefahaman Islam sebenar perlu
disebar luaskan kepada rakyat menerusi khutbah, seminar dan
sebagainya.
2. Mengenal pasti organisasi yang mendukung fahaman ini dan mengajak
mereka berdialog serta memperingatkan orang ramai tentang bahaya
organisasi organisasi berkenaan
3. Memasukkan di dalam silibus pengajian pengajian di sekolah, ipt,
masjid dan lain lain
4. Menubuhkan badan pemantau aliran fikiran asing yang menyusup
masuk dalam masyarakat Islam yang dianggotai oleh ahli akademi dan
ulama serta profesional.
Fahaman Ajaran Sesat
Pengertian Ajaran Sesat
Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang
Islam atau orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran atau amalan tersebut
adalah ajaran Islam sedangkan hakikatnya ia bertentangan dengan Islam yang
berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah serta juga bertentangan dengan ajaran Ahli
Sunnah Wal Jamaah.
MANGSA AJARAN SESAT;
· Mereka yang jahil dan kosong jiwa kerana tidak mempunyai pengetahuan agama yang cukup.
· Mereka ghairah mencari ketenanga dan kesempurnaan menerusi unsur kerohanian dengan jalan yang singkat.
· Mereka yang kurang kemantapan dalam usul Syariah.
KEBURUKAN MENGAMALKAN AJARAN SESAT;
a) Individu
Rosak akidah
Masa terbuang
Minda seseorang akan tertutup
Kehidupan tidak stabil.
b)Masyarakat
Keruntuhan institusi kekeluargaan
Perpaduan tergugat
Berlaku keganasan
c) Negara
Negara akan mundur
LANGKAH-LANGKAH MENANGANI AJARAN SESAT
a. Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar.
b. Menyebarkan ajaran Islam menerusi pelbagai kaedah seperti media cetak, elektronik,ceramah,seminar,forum, dan simposium.
c. Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang oleh semua pihak dapat membendung kegiatan ajaran sesat daripada terus menular dalam masyarakat.
d. Program pemulihan akidah seperti Pusat Pemulihan Akidah Jelebu di Negeri Sembilan dan Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam di Selangor
KESIMPULAN
Kejayaan membetulkan salah-faham terhadap Islam banyak bergantung kepada
faktor umat Islam sendiri. Kitalah yang mesti memastikan Islam tidak
disalahfahamkan lagi, baik dari segi ilmiahnya mahupun dari segi amaliahnya. Malah
kita sendiri mesti menjadi bukti akan kesempurnaan dan kebenaran Islam di dalam
kehidupan sehari-hari.
Cabaran kita ialah bagaimana mensepadukan perkara-perkara baru dan terkini
dengan memasukkan prinsip dan nilai Islam sebagai kawalan, penjernihan dan ´nilai
tambah’. Bagaimana pembangunan rohani dan material perlu disepadukan?
Bagaimanakah aplikasi Industri bioteknologi menurut perspektif Islam? Kelenturan
syariah dalam urusniaga pasaran kewangan Islam global? Inilah antara perkara-
perkara yang bersifat ´kehadapan´ yang hanya dapat ditangani sekiranya salah
faham tentang Islam dapat ditangani dengan baik.
LAMPIRAN
RUJUKAN
1)https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://bungaleen.blogspot.com/p/110.html?m=1&ved=2ahUKEwiW0oj-k83vAhUJzDgGHQCQAk0QFjAKegQIBRAC&usg=AOvVaw21u4krGCoqx962bxHQC30q" 2)https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://bungaleen.blogspot.com/p/110.html%3Fm%3D1&ved=2ahUKEwiW0oj-k83vAhUJzDgGHQCQAk0QFjAKegQIBRAC&usg=AOvVaw21u4krGCoqx962bxHQC30q
3) https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://www.slideshare.net/mobile/muhammadridzuan5030/salah-faham-terhadap-agama-islam&ved=2ahUKEwi52v_pkM3vAhX8iOYKHf0TAygQFjAFegQIExAC&usg=AOvVaw26gjKtu89S432Kz7OFY4mf"